Kerjasama OnePlus Dan Hasselblad Tamat – Kini OnePlus Bangunkan OnePlus DetailMax Engine
Aman
OnePlus kini berkongsi yang mana kerjasama mereka bersama Hasselblad selama lima tahun kini telah pun tamat, dan bergerak kehadapan, OnePlus akan bangunkan penyelesaian pengimejan mereka tersendiri, dinamakan OnePlus DetailMax Engine.

Menurut OnePlus, kerjasama mereka dengan Hasselblad sedia membantu mereka dalam mempelajari pelbagai perkara berkenaan dengan pengimejan, dan kini mereka meneruskan hasil pembelajaran mereka melalui OnePlus DetailMax Engine ini, yang akan bukan sahaja merakamkan dunia dengan cantik, tetapi juga seumpama bentuk nyata dan jelas.
OnePlus sasarkan untuk membolehkan peranti mereka merakamkan gambar seumpama yang asli menggunakan telefon pintar. Beberapa prototaip awal kini dalam fasa ujian dalaman oleh pihak OnePlus.
Pihak OnePlus menyatakan OnePlus DetailMax Engine ini akan hadir bersama telefon pintar mercu mereka yang akan datang, dimana lebih banyak info dijangka dikongsikan melaluinya kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.