Malaysia Oversight

‘Kerjasama dengan PAS lebih bermaruah berbanding cara Umno layan MIC’

By MkiniBM in April 28, 2025 – Reading time 3 minute
'Kerjasama dengan PAS lebih bermaruah berbanding cara Umno layan MIC'


Parti serpihan , Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) mendakwa kerjasama bersama menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN) hari ini adalah lebih bermaruah berbanding layanan terrhadap sekutunya dalam BN.

Presidennya, SP Punithan, berkata, hari ini sekadar melayan MIC yang merupakan rakan komponen BN sebagai “buruh kontrak”.

Mengulas kenyataan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) , Puad Zarkashi yang berkata merupakan penghalang kepada usaha PN menarik rakan gabungan parti bukan Melayu yang berpengaruh, Punithan, menyifatkan kenyataan tersebut sebagai “pemerhatian khayalan” yang terputus daripada realiti politik semasa.

6d28eda75e787457593da249152b312d

“Walaupun saya hormati Puad, tetapi terkejut dengan kefahamannya yang cetek. Mungkin ini disebabkan oleh halusinasi politik UMDAP. Ironinya, mengkritik naratif sambil mengabaikan kontradiksi politik Umno sendiri.

“Gabungan, Umno dengan MIC dan MCA selama beberapa dekad, yang pernah dianggap kukuh, kini merosot sehingga MIC digelar biawak hidup dalam BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Punithan menegaskan bahawa pembentukan gabungan PN bukanlah semata-mata perjuangan bersifat emosi, sebaliknya merupakan evolusi strategik berasaskan perkongsian berprinsip antara parti-parti komponen.

“MIPP berdiri teguh sebagai sekutu yang dihargai dalam PN, bekerjasama rapat dengan PAS dan lain-lain komponen untuk mengukuhkan perpaduan serta keterangkuman,” kata Punithan.

bd229f44a6b2c1799928d840c066c50b

Dia turut menyifatkan sebagai ironis apabila ada pihak mengkritik kerjasama PAS dengan MIPP, sambil mengketepikan hakikat bahawa hubungan Umno sendiri dengan sekutu tradisional seperti MIC dan MCA berdepan kemerosotan.

Punithan mengingatkan bahawa MIC, yang sebelum ini dianggap sekutu rapat BN, namun hari ini “diketepikan” dan dianggap sebagai liabiliti. Sebaliknya, Umno, katanya lebih cenderung memihak kepada DAP, sebuah parti yang mempunyai sejarah meminggirkan Melayu- dan tidak mempedulikan masyarakat India.

Sebaliknya, menerusi PN, Punithan menegaskan bahawa hubungan antara MIPP, PAS dan parti-parti lain dibina atas prinsip ketelusan, saling menghormati, dan adaptasi pantas terhadap keperluan masyarakat.

cc8ad4a52d49365f3ba72a4f5c5e358f

“MIPP dan PAS menangani isu-isu masyarakat India seperti pendidikan, ekuiti sosioekonomi dan hak kuil secara serius dan berkesan, bukan sekadar janji pilihan raya,” tambahnya.

Timbalan Presiden PN itu turut melontarkan kritikan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang digambarkan sebagai “PM MGR”, merujuk kepada populisme sinematik yang menawarkan janji-janji besar tetapi gagal menunaikannya.

Katanya, PH-Umno sebenarnya telah mengkhianati kepercayaan masyarakat India selepas berjaya menarik sokongan mereka dalam pilihan raya.

Tambah Punithan, DAP, yang kini menjadi teras utama PH, juga dikatakan telah meninggalkan sekutu India mereka, sekali gus mendedahkan sikap hipokrit parti itu terhadap perjuangan minoriti.

“Gabungan PN bukan berdasarkan transaksi politik semata-mata, tetapi satu transformasi ke arah perpaduan nasional berasaskan prinsip,” jelas Punithan.

810f3a9ff57a692a6dd7e3cbebe41d24

Punithan menegaskan PN semakin kukuh sedangkan gabungan Umno-BN kini menghadapi keretakan akibat oportunisme dalaman.

Dia juga berkata, bahawa Pilihan Raya Kecil Ayer Kuning hanyalah permulaan kepada perjalanan panjang PN dalam menawarkan alternatif tulen kepada rakyat Malaysia.

Punithan turut menyindir kegagalan Umno dan PH dalam menangani isu-isu dan masalah masyarakat India, serta mendakwa “buruh” MIC hanya digunakan sewaktu pilihan raya.

Akhir sekali, Punithan mengalu-alukan semua rakyat Malaysia berketurunan India yang kecewa dengan kepimpinan semasa untuk menyertai perjuangan PN dan MIPP demi membina Malaysia yang lebih adil dan bersatu.



Source link