Malaysia Oversight

‘Keretakan dalaman Bersatu, kelemahan Muhyiddin terserlah’

By MkiniBM in September 8, 2025 – Reading time 2 minute
'Keretakan dalaman Bersatu, kelemahan Muhyiddin terserlah'


Pergolakan dalaman Bersatu semakin jelas apabila presidennya, Yassin berdepan desakan untuk berundur daripada jawatan parti, kata ahli Parlimen Iskandar Puteri, Liew Chin Tong.

Menurut timbalan menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu, suasana kecoh ketika perhimpunan agung Bersatu hujung minggu lalu – apabila ada perwakilan melaungkan desakan supaya meletakkan jawatan – menunjukkan parti itu sebenarnya rapuh dan retak dari dalam.

c36c1c392438e13b8850b6baf64c0100
Liew Chin Tong

Kata, pemimpin DAP itu,, ironik apabila menegaskan parti itu bersatu padu, tetapi pada masa sama mengakui ada kumpulan mengumpul tandatangan untuk mendesaknya berundur.

“Muhyiddin cuba menampilkan imej wira parti, tetapi tindakannya hanya mendedahkan kedudukannya yang lemah.

“Bersatu bukan sahaja retak, malah terperangkap dalam kepimpinan tanpa prinsip jelas,” katanya dalam satu kenyataan.

Sisa ‘Langkah Sheraton’

Liew turut mengingatkan bahawa kepimpinan Bersatu terbentuk daripada perpecahan parti-parti lain pasca “Langkah Sheraton” 2020, yang mempertemukan pemimpin tanpa agenda bersama.

2ca4fde496bc876a366f4e94d59a30c6

“Gabungan Muhyiddin daripada Bersatu, Hamzah Zainudin daripada , dan Azmin Ali daripada hanyalah pakatan rapuh.

“Umno dan sudah pulih, ruang Bersatu kini semakin sempit,” katanya.

Menurut Liew, terdapat tiga kesilapan besar dalam ucapan Muhyiddin pada perhimpunan itu, semulam.

Pertama, dengan menimbulkan isu desakan berundur, dia mendedahkan kelemahan sendiri.

Kedua, keghairahan Muhyiddin untuk kembali menjadi perdana menteri hanya menambah beban kepada Bersatu kerana rakan-rakan seperti Hamzah, Azmin dan sendiri menyedari dia sudah hilang karisma dan kekuatan.

f2dcd5ecb0daade6a86c23602d51d6f1

“Ketiga, Muhyiddin membaca keadaan politik secara salah. Dia enggan menerima hakikat penurunan pengaruhnya, lalu memilih untuk bertahan dengan apa cara sekali pun,” kata Liew.

Liew juga menegaskan Perikatan Nasional (PN) sudah mencapai kemuncak. Baginya, hanya kekal bertahan di kubu Melayu, manakala pengaruh Bersatu semakin merosot.

“PN gagal menawan pengundi bukan Melayu, dan tidak meyakinkan pengundi di Sabah dan Sarawak. Kekecohan dalam Bersatu hanyalah simptom krisis yang lebih besar,” katanya.

b9ca4ed8a53239901b4f296d83ac7ad3

Bagaimanapun, Liew mengingatkan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional supaya tidak terlalu selesa walaupun PN berdepan masalah.

Perpaduan pimpinan Ibrahim sudah melakukan banyak perkara untuk rakyat, tetapi masih banyak yang perlu diteruskan. Jangan ambil mudah kelemahan lawan,” katanya lagi.



Source link