ChatGPT merupakan salah satu perkhidmatan AI yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Penggunaan perkhidmatan ini hadir dalam beberapa tahap, termasuklah percuma dan premium.
Baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa kerajaan UK, melalui Setiausaha Teknologi mereka, Peter Kyle telah berbincang dengan CEO OpenAI, Sam Altman untuk berbincang tentang memberikan kesemua rakyat negara tersebut akses kepada salah satu langganan premium ChatGPT, iaitu ChatGPT Plus.

Jumlah rakyat UK yang dicatatkan setakat ini ialah sekitar 69.6 juta, manakala langganan ChatGPT Plus pula adalah sekitar $20 setiap bulan. Ini bermakna bahawa kerajaan tersebut akan perlu membelanjakan kira-kira £2 bilion (~RM11 bilion) setiap tahun untuk membiayai langganan ini.
Secara ringkasnya, perbualan mengenai perkara ini tidak keluar daripada fasa sembang kencang antara kedua-dua pihak ini kerana kos langganan yang terlalu tinggi. Walaupun begitu, kerajaan UK juga baru-baru ini telah menandatangani perjanjian untuk menggunakan khidmat ChatGPT untuk digunakan oleh pihak kerajaan dan juga sektor awam negara tersebut.
Ini bermakna bahawa terdapat kemungkinan bahawa penggunaan ChatGPT akan diperluaskan ke pelbagai sektor lain seperti pendidikan, pertahanan, kehakiman dan sebagainya.