Malaysia Oversight

Kerajaan Tiada Perancangan Mengawal Selia Podsiar Secara Khusus Buat Masa Ini

By Amanz in September 19, 2025 – Reading time 1 minute
Kerajaan Tiada Perancangan Mengawal Selia Podsiar Secara Khusus Buat Masa Ini


Tiada Perancangan Mengawal Selia Podsiar Secara Khusus Buat Masa Ini

September 19, 2025
Audio
Lain-lain

Aman

Pada acara KLPodFest yang berlangsung hari ini, Timbalan Menteri Komunikasi telah turut menghadirkan diri, dan memberi ucaptama. Menyentuh secara ringkas ketikanya adalah berkenaan dengan kawal-selia melibatkan podsiar.

20250919 094147

Seperti ramai sedia maklum, medium seperti radio tertakluk dibawah kawal-selia, sementara kandungan podsiar tiada sebarang perundangan khusus untuknya. Timbalan Menteri Komunikasi mengatakan buat masa ini tiada sebarang perancangan dalam mengawal selia kandungan podsiar di Malaysia.

Namun begitu, para penerbit kandungan diminta untuk mengawal selia secara kendiri, sebelum memilih untuk menerbitkan kandungan. Ia turut ditekankan yang mana terdapat sejumlah perundangan pada hari ini melibatkan kandungan atas-talian yang turut sedia meliputi kandungan berbentuk podsiar.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link