Malaysia Oversight

Kerajaan tarik balik RUU PSB, akan ditambah baik

By MkiniBM in January 23, 2026 – Reading time 1 minute
Kerajaan tarik balik RUU PSB, akan ditambah baik


Kabinet hari ini memutuskan untuk menarik balik Rang Undang-undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (PSB) 2025 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang lalu, menurut Menteri Komunikasi Fadzil.

Dalam sidang media hari ini, yang merupakan jurucakap berkata keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan beberapa pindaan dilakukan terhadap RUU berkenaan untuk “ditambah baik”.

Dia berkata, kabinet mengambil keputusan itu selepas mengambil kira perbahasan para ahli Parlimen di Dewan Rakyat, serta maklum balas daripada dan anggota kabinet yang lain.

“Jemaah menteri setuju RUU ini ditarik balik untuk ditambah baik melalui beberapa pindaan yang akan diteliti, dibincang dan diputuskan oleh jemaah menteri (kemudian)

“Ia seterusnya akan dibentang semula dalam bentuk baru di Parlimen,” katanya.

berkata cadangan udang-undang tersebut akan dihantar semula ke Jabatan Peguam Negara untuk dipinda dan kemudian disemak oleh kabinet sebelum dibentangkan semula di Dewan Rakyat.

Ditanya bila versi baru RUU itu dijangka dapat dibentangkan, Fahmi berkata ia mungkin mengambil sedikit masa kerana pihaknya baru sahaja menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk memulakan proses berkenaan.

membentangkan RUU PSB untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada 21 Ogos 2025.

Susulan bantahan hebat terhadap RUU tersebut, yang dikritik oleh pelbagai pihak termasuk ahli Parlimen dan pembangkang, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan perbahasannya.



Source link