Malaysia Oversight

Kerajaan tak akan rayu keputusan mahkamah

By MkiniBM in November 11, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung hak Sabah ke atas 40 peratus hasil persekutuan yang dikutip daripada negeri itu.

Dalam kenyataan hari ini, Pejabat Peguam Negara (AGC) berkata persekutuan menghormati prinsip “pemberian khas” di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan dan telah bersetuju untuk meneruskan rundingan dengan Sabah dengan serta-merta.

“Oleh itu, kerajaan persekutuan memutuskan untuk tidak akan membuat rayuan terhadap pemberian khas berdasarkan 40 peratus hasil.

“Sehubungan itu, kerajaan persekutuan akan memulakan proses rundingan bersama kerajaan Sabah dengan kadar segera,” katanya.

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat khas kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Ibrahim hari ini untuk membincangkan keputusan mahkamah dalam semakan kehakiman yang difailkan Sabah Law Society (SLS) terhadap kerajaan.

Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melangkaui kuasanya di bawah Perlembagaan Persekutuan kerana gagal menunaikan hak Sabah ke atas 40 peratus hasil persekutuan selama hampir lima dekad.


PANDUANKINI | Makna keputusan mahkamah hak 40 peratus hasil Sabah


Hakim Celestina Stuel Galid menyatakan perintah semakan pemberian khas yang dikeluarkan bersama oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri adalah “tidak sah, ultra vires dan tidak rasional”, dan melanggar Perlembagaan.

Hakim itu juga mendapati Perintah Semakan Kedua dan Ketiga adalah tidak sah dan membenarkan permohonan penuh Persatuan Peguam Sabah (SLS).

Mahkamah juga mengeluarkan perintah mandamus yang mengarahkan kerajaan Persekutuan untuk mengadakan semakan hasil baru bersama kerajaan Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan dan untuk bersetuju mengenai hak 40 peratus negeri bagi setiap tahun kewangan dari 1974 hingga 2021, dengan semakan bermula dalam masa 90 hari dan selesai dalam tempoh 180 hari.

Terdahulu, AGC berkata ia akan memfailkan rayuan terhadap kenyataan yang dibuat oleh hakim, di mana hakim menyatakan kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah masing-masing telah menyalahgunakan kuasa dan melanggar tanggungjawab perlembagaan.



Source link