Malaysia Oversight

Kerajaan Selangor berbohong, kata Arutchelvan

By MkiniBM in November 15, 2025 – Reading time 2 minute
Kerajaan Selangor berbohong, kata Arutchelvan


Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan, mendakwa berbohong bagi melakukan ‘damage control” dalam isu pengusiran Kampung Papan di Pandamaran, Klang.

“Menteri Besar, (ahli exco negeri bagi perumahan) Borhan Aman Shah, dan seluruh ahli majlis eksekutif negeri … tidak seorang pun datang ke Kampung Papan dalam tempoh lima hari yang lalu.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (Pandamaran) (Leong Tuck Chee) adalah satu-satunya yang hadir, dan beliau sendiri kerap mengadu bahawa menteri besar tidak memberi sebarang respons,” kata Arutchelvan dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata isu itu menjadi rumit dari segi undang-undang selepas pihak terlibat membawa perkara itu ke mahkamah berbanding mencari penyelesaian secara rundingan.

Dia berkata langkah itu akhirnya menghalang usaha negeri untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Amirudin turut mendakwa pemaju bersedia menyediakan tapak alternatif, tetapi ada pihak memilih untuk membawa isu itu ke mahkamah.

3772e08d02c061c6299363fedb19de55

Dalam satu kenyataan semalam, Borhan mendakwa bahawa pemaju, dalam mesyuarat pada 21 Okt, telah berjanji untuk merobohkan hanya rumah kosong di Kampung Papan.

Bagaimanapun, dia tidak mengulas mengenai aduan dan kemarahan penduduk serta aktivis berhubung laporan menyatakan rumah yang masih diduduki turut dirobohkan.

‘Dikhianati, diperlekeh’

Arutchelvan berkata penduduk Kampung Papan akan mengadakan sidang media pada Isnin ini untuk membincangkan beberapa isu yang melibatkan mereka.

“Penduduk Kampung Papan bukan sahaja telah dikhianati oleh negeri, mereka juga diperlekehkan melalui kenyataan MB,” tambahnya.

962e4c289cfa2e73c28aee0525f05af1

Semalam, mahkamah menolak permohonan reman oleh polis terhadap ahli dan aktivis PSM yang ditahan ketika membantah pengusiran tersebut.

Bagaimanapun, enam lagi individu ditahan semalam, termasuk Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, Chong Yee Shan, dan Koordinator Dokumentasi & Pemantauan Suaram, Jernell Tan.

Kesemua yang ditahan pihak berkuasa dibebaskan dengan jaminan polis pada kira-kira 5 petang.



Source link