
Kerajaan Sedang Mengkaji Pengenalan Harga Lantai Untuk Perkhidmatan Kurier
Aman
Kerajaan kini sedang mengkaji cadangan untuk menetapkan harga lantai bagi perkhidmtan kurier di Malaysia, sekaligus memastikan industri kurier kekal sihat dan pada masa yang sama tidak memberikan beban kepada para pengguna.
Kajian ini dilihat akan mengambil-kira sejumlah perkara, termasuk melibatkan audit berkaitan kos operasi, selain melihat kepada struktur harga bagi industri tersebut di Malaysia. Menyentuh mengenainya juga, kini pasaran kurier di Malaysia diterajui oleh 15 pemegang lesen yang menguruskan 98% penghantaran di Malaysia. Di Malaysia, sebanyak 102 syarikat diberikan lesen, dimana 21 adalah syarikat antarabangsa, dan 81 adalah syarikat tempatan atau berpusat di Malaysia dengan pegangan majoriti pemilik tempatan.
J&T Express dan SPX Xpress merupakan dua syarikat gergasi yang mempunyai sekitar 73.5% pegangan pasaran di Malaysia pada hari ini.
Bercakap mengenainya juga, Menteri Komunikasi mengatakan walaupun harga lantai ini diperkenalkan, ia akan menjadi lebih kepada panduan buat masa ini, dan menjadi penanda aras untuk para pemegang lesen kurier di Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






