Malaysia Oversight

Kerajaan sasar tingkat nilai eksport halal kepada RM80 bilion

By TheSun in July 31, 2025 – Reading time 1 minute
Kerajaan sasar tingkat nilai eksport halal kepada RM80 bilion


KUALA LUMPUR: menyasarkan nilai eksport halal negara untuk terus meningkat kepada RM80 bilion serta sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 11 peratus dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim berkata perhatian terus diberikan kepada sektor strategik yang memberikan impak tinggi kepada ekonomi negara, antaranya industri halal, industri kewangan, industri pelancongan, industri kreatif dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Dalam RMK13, negara menyasarkan nilai eksport halal, terus meningkat kepada RM80 bilion dan sumbangan industri halal kepada KDNK naik kepada 11 peratus,” katanya ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata langkah meningkatkan nilai eksport halal negara didukung dengan penubuhan Suruhanjaya Halal Malaysia dan pembangunan Halal Industrial Park, antaranya di Melaka, Perak dan – BERNAMA



Source link