Malaysia Oversight

Kerajaan pusat batalkan projek saluran paip gas, bukan saya

By MkiniBM in September 20, 2025 – Reading time 2 minute
Kerajaan pusat batalkan projek saluran paip gas, bukan saya


Presiden Warisan, Shafie Apdal menafikan dakwaan bahawa parti itu terlibat dalam pembatalan Projek Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP), sambil menegaskan keputusan tersebut dibuat oleh Persekutuan.

Menurut laporan The Star, Ahli Parlimen Semporna itu berkata Persekutuan telah meminjam berbilion ringgit daripada bagi membiayai projek tersebut, yang akhirnya perlu ditanggung oleh Sabah ketika dia menjadi Ketua Menteri.

“Itu bukan kami yang batalkan. Yang batalkan ialah kerajaan Persekutuan. Mereka pinjam duit daripada , berbilion, dan ketika saya jadi Ketua Menteri, saya diberitahu bahawa kita yang perlu bayar.

“Duit sudah habis dibelanjakan tetapi saluran paipnya tidak ada,” tambahnya ketika berucap dalam satu program ramah mesra di Sandakan malam tadi, sambil menjelaskan bahawa ia di luar bidang kuasanya untuk mengubah keputusan tersebut.

“Kenapa tuduh saya? Bagaimana saya boleh hentikan keputusan Kabinet? Duit itu dipinjam oleh kerajaan Persekutuan. Yang penting ialah siasat, ambil tindakan. Siapa kerajaan pada waktu itu? Siapa menteri ekonomi ketika itu — orang Sabah atau dari Semenanjung? Tindakan mesti diambil untuk mencari ke mana perginya duit itu,” katanya.

c6185e83929dff16a05c27758c75a644

Projek bernilai lebih RM4 bilion itu melibatkan pembinaan saluran paip gas sepanjang 662km merentasi Sabah dan telah dibatalkan beberapa kali, termasuk pada 2018 ketika Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Minggu lalu, Ketua Penerangan Sabah, Suhaimi Nasir menyalahkan pemimpin Warisan itu atas gangguan bekalan elektrik berulang di Pantai Timur Sabah, dengan mendakwa Shafie bukan sahaja gagal mempertahankan kepentingan negeri, malah turut mengalu-alukan pembatalan projek tersebut.

Dalam ucapannya semalam, Shafie menegaskan bahawa adalah di luar bidang kuasanya untuk membatalkan keputusan itu, sambil menggesa rakyat Sabah agar menumpukan kepada penyelesaian jangka panjang, bukannya bergantung kepada projek terbengkalai seperti saluran paip gas tersebut.

Ahli Parlimen Semporna itu turut menegaksan bahawa Pantai Timur Sabah perlu membangunkan sumber tenaga sendiri, dan tidak terlalu bergantung kepada bekalan elektrik dari Semenanjung.

“Mengapa kita tidak boleh bina empangan di Sabah? Sungai Segama luas, di Kinabatangan juga ada kawasan yang sesuai. Jika kita bina, saya yakin bukan 10 tahun, malah kurang lima tahun pun kita boleh atasi masalah elektrik, air, malah hidrogen.

“Hari ini Sarawak memperoleh hampir RM7 bilion daripada Empangan Bakun. Bayangkan jika kita selesaikan masalah ini, bukan sahaja hasil negeri bertambah, malah peluang pekerjaan untuk anak-anak Sabah juga dapat diwujudkan,” katanya.

Latarbelakang projek

Projek pembinaan saluran paip gas itu pada asalnya diluluskan pada 2016 ketika pentadbiran , sebelum dibatalkan pada 2018 di bawah kerajaan PH. Ia kemudiannya dihidupkan semula pada 2021 di bawah kerajaan PN, sebelum sekali lagi dibatalkan.

98b9bb180f57125457663755ec0a9473

Awal tahun ini, Kementerian Ekonomi memaklumkan bahawa bekalan gas domestik dari perairan Sabah yang diperuntukkan kepada TSGP telah diagihkan semula bagi memenuhi permintaan sektor lain seperti tenaga elektrik, industri dan petrokimia.

Kementerian itu juga menafikan sebarang perancangan untuk melaksanakan projek khusus menangani isu bekalan elektrik di Sabah, dan menjelaskan bahawa pada 2023, kerajaan Persekutuan telah menyerahkan kuasa mengawal selia bekalan gas Sabah kepada pentadbiran negeri.



Source link