Malaysia Oversight

Kerajaan persekutuan, Sarawak setuju RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu

By MkiniBM in February 4, 2026 – Reading time 1 minute
Kerajaan persekutuan, Sarawak setuju RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu


PARLIMEN | Persekutuan dan Sarawak secara prinsipnya bersetuju dengan nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Persekutuan dan kerajaan Sarawak kini pada peringkat akhir dalam proses penyerahan pelabuhan itu kepada negeri berkenaan.

Dia berkata jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan bersama oleh kedua-dua pihak sedang memperhalusi aspek perundangan bagi memastikan semua obligasi disempurnakan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2023 [Akta 59], sebelum tarikh kuat kuasa akta tersebut ditetapkan.

“Langkah itu penting bagi membolehkan kerajaan Sarawak mengambil alih selia serta mengurus tadbir Pelabuhan Bintulu secara rasmi.

“Kerajaan Persekutuan juga telah menetapkan nilai bayaran serta kaedah pembayaran yang perlu diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Sarawak bagi tujuan pengambilalihan pelabuhan berkenaan,” katanya pada sesi soal jawab hari ini.

-Bernama



Source link