Malaysia Oversight

Kerajaan perlu ambil alih semula industri beras, minyak masak

By MkiniBM in September 16, 2025 – Reading time 1 minute
Kerajaan perlu ambil alih semula industri beras, minyak masak


MUKTAMAR | Seorang perwakilan hari ini bercadang supaya mengambil alih perniagaan membekalkan keperluan asas seperti beras dan minyak masak.

Wakil sayap ulama Mohd Fawwaz Mat Jan berkata dengan mengambil alih industri itu, boleh meningkatkan pendapatan dan pada masa sama meringankan kos sara hidup rakyat.

“Jadi saya nak mencadangkan usul ini supaya boleh diterima. Tapi alangkah baiknya kalau kita tengok daripada pokok permasalahan negara kita hari ini.

“Kalau kita tengok kewangannya ataupun sumber pendapatannya datang daripada cukai. Sedangkan kalau kita nak selesaikan mengikut cara , saya nak mencadangkan agar yang pertama sekali kita perlu bergerak ke arah memilik negarakan semula perkara-perkara yang menjadi keperluan seluruh rakyat.

“Contoh mudah, kita boleh sebut beras yang merupakan keperluan seluruh rakyat. Perkara ini perlu dimiliknegarakan semula.

“Yang kedua minyak masak. Sekarang ini ia dikuasai oleh beberapa syarikat swasta yang besar. Jadi mereka yang memonopoli perkara ini.

Jadi untuk mengawal perkara ini minyak masak perlu dimiliknegarakan semula,” katanya.

Fawwaz berkata demikian ketika membahaskan usul ekonomi dan kos sara hidup yang dicadangkan oleh PAS Bahagian Batu.

Ahli jawatankuasa kerja Ulama PAS itu turut menyarankan menguruskan perniagaan semua sumber asli dalam negara termasuk galian nadir bumi.

“Sebab apabila sumber berada di bawah kawalan negeri, pendapatan boleh disalurkan semula kepada rakyat.

“Dengan melakukan ini, negara tidak perlu mengenakan cukai yang begitu banyak kepada rakyat,” kata Fawwaz.



Source link