Malaysia Oversight

Kerajaan perkenal ‘lemon law’ dalam Akta Perlindungan Pengguna

By MkiniBM in October 10, 2025 – Reading time 1 minute
Kerajaan perkenal 'lemon law' dalam Akta Perlindungan Pengguna


Elemen undang-undang perlindungan pengguna (lemon law) akan dimasukkan dalam Akta Perlindungan Pengguna bagi menjaga hak orang ramai, kata Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Ibrahim.

Dalam pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini, berkata, undang-undang yang melindungi pengguna daripada membeli kenderaan yang rosak akan dimasukkan dalam Akta Perlindungan Pengguna yang diluluskan oleh parlimen pada Julai.

Katanya akta itu akan dipinda untuk memasukkan undang-undang yang bertujuan menyediakan pengguna dengan remedi supaya mereka boleh mendapatkan pampasan bagi produk yang gagal memenuhi piawaian.

Pada Jun tahun lalu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata ia menyasarkan untuk memperkenalkan lemon law atau meminda akta sedia ada berkaitan kenderaan yang rosak pada Mac tahun ini untuk rangka kerja perlindungan pengguna yang lebih komprehensif selaras dengan permintaan semasa.

Bagaimanapun pada Nov, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali memberitahu Dewan Rakyat bahawa kajian mengenai keperluan untuk undang-undang itu akan selesai tidak lama lagi.

juga menegaskan bahawa langkah untuk memisahkan peranan pendakwa raya dan peguam negara kini sudah di peringkat libat urus bersama semua pihak berkepentingan.

“Pasukan Reformasi Undang-undang yang ditubuhkan sedang meneliti pembaharuan menyeluruh ke atas undang-undang jenayah, undang-undang kontrak termasuk merangka RUU Bidang Kuasa Admiralti dan RUU Koroner yang baru,” katanya.



Source link