Malaysia Oversight

Kerajaan Melaka Perkenalkan Sistem Kubur Digital

By Amanz in October 24, 2025 – Reading time 1 minute
Kerajaan Melaka Perkenalkan Sistem Kubur Digital


Melaka Perkenalkan Sistem Kubur Digital

October 24, 2025
Lain-lain

Amy Maizuraa

Negeri Melaka kini memperkenalkan sistem kubur digital sebagai inisiatif untuk menambahbaik pengurusan tanah perkuburan. Langkah ini bertujuan untuk memudahkan proses penomboran. Ia juga dapat membantu generasi akan datang mengenal pasti dan menziarahi pusara ahli keluarga mereka secara lebih sistematik.

001 kubur melaka

Menurut kenyataan rasmi, Kampung Pulau di Masjid Tanah telah dikenal pasti sebagai lokasi perintis bagi pelaksanaan projek ini yang juga dirancang untuk diperluas ke seluruh negeri secara berperingkat.

Melalui kaedah yang digunakan, setiap pusara dapat ditandai dan direkod secara digital serta terperinci, sekali gus memudahkan urusan pengurusan dan pencarian pada masa akan datang.

Langkah ini juga dijangka dapat mengatasi isu kehilangan jejak pusara waris akibat kekurangan dokumentasi atau perubahan fizikal di kawasan perkuburan.

Secara tidak langsung, ia turut menyumbang kepada peningkatan kecekapan pengurusan tanah perkuburan di negeri Melaka.

𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐊𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link