Malaysia Oversight

Kerajaan komitmen terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan, pendapatan rakyat

By TheSun in January 10, 2026 – Reading time 1 minute
Kerajaan komitmen terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan, pendapatan rakyat


Kadar pengangguran turun ke paras terendah 11 tahun pada 2.9%, kata PM , komitmen terjemah pertumbuhan kepada pekerjaan dan pendapatan bermaruah

KUALA LUMPUR: akan terus bekerja keras bagi memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada peluang pekerjaan yang lebih baik, pendapatan bermaruah dan masa depan lebih terjamin untuk rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim.

Menerusi catatan di Facebook beliau berkata kadar pengangguran negara menurun ke paras terendah dalam tempoh 11 tahun, setakat akhir tahun lepas.

“Pasaran buruh di pelbagai sektor pula kekal stabil, didukung kedudukan ekonomi yang semakin menggalakkan.

“Ini hasil usaha keras MADANI membina dan mengukuhkan semula asas negara sejak tiga tahun lalu,” kata .

Kadar pengangguran negara pada November 2025 dilaporkan mencatat penurunan ke paras terendah dalam tempoh 11 tahun apabila berada pada 2.9 peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan sebelum ini berkata jumlah tenaga buruh meningkat 0.2 peratus kepada 17.61 juta orang pada November 2025 berbanding 17.58 juta orang pada Oktober 2025 manakala kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.9 peratus.



Source link