Malaysia Oversight

Kerajaan Jepun Minta OpenAI Supaya Tidak Melanggar Hak Cipta

By Amanz in October 15, 2025 – Reading time 1 minute
Kerajaan Jepun Minta OpenAI Supaya Tidak Melanggar Hak Cipta



melvin chavez uCqpNqdA 5U unsplash

Jepun Minta OpenAI Supaya Tidak Melanggar Hak Cipta

October 15, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

Jepun kini mengatakan mereka telah menghantar permintaan kepada OpenAI supaya tidak melanggar hak cipta milik syarikat-syarikat negara tersebut. Ini terutamanya melibatkan anime dan juga manga.

Baru-baru ini, OpenAI telah memperkenalkan aplikasi Sora yang membolehkan penjanaan video – membuatkan ramai hadir dengan janaan anime, selain turut menggunakan pelbagai watak-watak anime popular dalam janaan. Jepun mengatakan manga dan anime adalah khazanah negara berkenaan yang mereka bangga, dan tindakan OpenAI dilihat seperti tidak menghormati khazanah negara matahari terbit tersebut.

Pelbagai model kecerdasan buatan dilihat dilatih menggunakan bahan berhak-cipta, sekaligus melanggar hak milik. Selain OpenAI, pihak X turut membolehkan penjanaan video dan gambar, yang juga digunakan ramai dalam menjana kembali pelbagai karya anime popular.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah tindakan lanjutan yang akan diambil oleh Jepun berkaitan hal pelanggaran hak cipta dan penggunaan karya orang tanpa kebenaran atau pampasan ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link