Malaysia Oversight

Kerajaan digesa bentang kertas putih pengasingan kuasa AG-pengakwa raya

By MkiniBM in September 12, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Projek Sama menggesa supaya mengutamakan pembentangan kertas putih mengenai pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya di Parlimen berbanding rang undang-undang lain.

Jelas NGO itu, kertas putih berkenaan harus menjelaskan secara terperinci mengenai cadangan struktur baru, seperti yang dilakukan di United Kingdom.

“Ini akan membolehkan perbahasan bermakna di kalangan orang ramai dan parlimen mengenai pindaan perlembagaan kepada Perkara 42, 145 dan 183, omnibus Rang Undang-undang Pembaharuan Undang-undang (Pendakwa Raya) yang akan meminda Kanun Prosedur Jenayah dan 18 akta berkaitan, serta akta baru mengenai gaji,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Rabu, Menteri Komunikasi Fadzil mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju untuk mengasingkan sepenuhnya kuasa Peguam Negara dan pendakwa raya melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Perkembangan itu berlaku selepas kajian selama dua tahun dan semakan kabinet terhadap beberapa model untuk membahagikan peranan berkenaan.

berkata pada dasarnya kabinet bersetuju dengan pembentangan Azalina mengenai proses itu.

Mengulas lanjut, Projek Sama memuji Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said kerana menjalankan beberapa rundingan dan lawatan sambil belajar ke luar negara yang membawa kepada kelulusan kabinet pada dasarnya untuk pengasingan dua peranan itu.

Bagaimanapun, ia berkata rundingan itu diadakan secara berasingan dengan pihak berkepentingan tertentu, mengehadkan dialog di kalangan mereka dan tidak termasuk penyertaan awam yang lebih luas.

Ia berkata kertas putih itu akan menyediakan platform komprehensif untuk membentangkan penemuan daripada perundingan dan lawatan sambil belajar ke luar negara untuk orang ramai sambil membimbing penambahbaikan selanjutnya.

“Memandangkan tiada satu model tunggal pendakwa raya bebas, orang awam dan ahli parlimen Malaysia wajar mengetahui – bukan sahaja dalam bacaan pertama rang undang-undang – reka bentuk sistem baru dan logiknya, antara lain, (dalam) kaedah pelantikan pengarah pendakwa raya, hubungan kuasa antara Peguam Negara, peguam cara dan pengarah pendakwa raya, dan impaknya kepada prosedur jenayah,” tambahnya.

Ia memberi amaran bahawa kekurangan ketelusan dan penyertaan dalam merangka rang undang-undang itu berisiko membawa akibat yang tidak diingini dan menjejaskan kredibiliti reformis .

Dalam satu kenyataan, pejabat Azalina berkata pemisahan itu akan dikuatkuasakan melalui pindaan perlembagaan.

Sebagai respons kepada pengumuman itu, Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4 Center) berkata rancangan sedemikian mesti termasuk peraturan yang memerlukan pendakwa raya tidak dilantik oleh perdana menteri bagi memastikan kebebasan daripada eksekutif.

Begitu juga, Ketua Biro Undang-undang Wanita DAP Sangeet Kaur Deo menggesa agar langkah-langkah perlindungan daripada campur tangan eksekutif dilaksanakan.



Source link