Malaysia Oversight

Kerajaan Bercadang Tingkatkan Had Umur Minima Guna Media Sosial Kepada 16 Tahun

By Amanz in October 17, 2025 – Reading time 1 minute
Hanya TikTok, Telegram Dan WeChat Mendaftar Lesen Media Sosial Di Malaysia – Meta Dan Google Masih Belum Setakat 31 Ogos 2025


Bercadang Tingkatkan Had Umur Minima Guna Media Sosial Kepada 16 Tahun

October 17, 2025
Web 2.0

Aman

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi telah mengatakan pihak SKMM akan mula mengadakan pertemuan dengan syarikat media sosial berkenaan dengan penguat-kuasaan had umur minima untuk penggunaan media sosial. Tidak setakat itu, kini Menteri Komunikasi turut berkongsi mengatakan bercadang untuk meningkatkan had umur minima untuk menggunakan media sosial daripada 13 tahun, kepada 16 tahun.

Media Sosial

Beberapa perkara berkaitan dengannya perlu diteliti terlebih dahulu, terutamanya dari segi aspek teknikal dan juga kebolehlaksanaan. Meningkatkan had umur ini dijangka boleh membendung gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah.

Selain media sosial, Perdana Menteri turut berkongsi pada hari ini yang sedang meneliti dalam melarang pelajar bawah 16 tahun daripada menggunakan telefon pintar – sekaligus lebih mengawal ketagihan digital, selain pengaruh negatif media sosial dan permainan atas-talian.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link