Malaysia Oversight

Kerajaan bela pusat pendidikan Islam, sekolah pondok

By Utusan in October 11, 2025 – Reading time 2 minute
Kerajaan bela pusat pendidikan Islam, sekolah pondok


IPOH: mahu memastikan pusat pendidikan termasuk sekolah-sekolah pondok diberi perhatian baik dari segi kewangan mahupun bantuan pemodenan yang mengikut keperluan semasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim berkata, kesungguhan itu dimulakan apabila hari ini mengembalikan semula bantuan sekolah agama rakyat pada tahun 2023 selepas dihentikan pada 2003.

Jelasnya, semasa membentangkan Belanjawan 2026 semalam, beliau turut mengumumkan beberapa fokus dan bantuan kewangan mencecah jutaan ringgit bagi manfaat para pelajar sekolah pondok.

“Ini adalah dasar . Mesti pulih kedudukan sekolah agama, sekolah pondok dan maahad tahfiz. Itu menjadi dasar negara sekarang ini,” katanya semasa berucap dalam majlis Kenduri Rakyat bersama warga institusi pendidikan Tahfiz dan Pondok negeri Perak di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan di sini hari ini.

Kata Perdana Menteri, kerajaan memulakan dengan sebanyak RM34.8 juta serta akan terus mendapatkan maklumat dan kerjasama daripada sekolah atau pusat pengajian terbabit untuk dinilai dari segi bentuk bantuan yang diperlukan tanpa menganggu aspek pembelajaran.

berkata, sekolah pondok mempunyai nilai sejarah tersendiri di rantau ini sewaktu berdepan aliran penjajah yang mengagungkan Barat.

“Mana mungkin kita padamkan sejarah dan perjuangan. Sebab itu apabila kerajaan Madani mengambil alih, kita merasakan sesuatu harus dilakukan,” katanya.

Kata beliau lagi, sekolah tahfiz dan pondok juga pada masa sama perlu dipastikan mengikut keadaan semasa agar tidak ketinggalan dalam menguasai kecerdasan buatan (AI) serta pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET).

“Kalau pondok tidak menguasai digital, teknologi dan AI, orang yang menguasai AI itu akan menenggelamkan pondok. Kerana AI sudah menjadi satu kenyataan di dunia.

“Kalau kita biar orang luar menguasai, mereka tidak menjajah seperti dulu lagi. Sebaliknya mereka menjajah pemikiran dan teknologi kita. Bermakna kita harus kuasai teknologi ini dan kita masukkan apa yang perlu. Al-Quran, hadis, akhlak, sejarah dan tamadun . Kalau tidak jawapan (dalam AI), ditentukan oleh orang asing,” katanya.

Jelasnya, kerajaan akan melihat bagaimana bantuan juga boleh dibuat menerusi program sekolah angkat yang dilaksanakan melibatkan syarikat-syarikat kerajaan seperti Petronas, Maybank dan Khazanah. – UTUSAN





Source link