Malaysia Oversight

Keputusan pada 20 Jan 2026

By MkiniBM in November 7, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Mahkamah Rayuan menetapkan 20 Jan tahun depan bagi keputusan rayuan difailkan dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada keluarga warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Peguam Abraham Au yang mewakili Abdul Razak, mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mahkamah akan menyampaikan keputusan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.

Pengurusan kes telah diadakan pada 4 Nov di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman.

Pada 9 Okt tahun ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Hashim Hamzah, Datuk Azman Abdullah dan K Muniandy, menangguhkan keputusan selepas mendengar hujahan daripada semua pihak dalam rayuan tersebut.

Pada 16 Dis 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan saman sivil yang difailkan oleh keluarga Altantuya dan memerintahkan bekas pegawai polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, bersama Abdul Razak dan , supaya membayar ganti rugi berjumlah RM5 juta secara bersama.

dan Abdul Razak kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ibu bapa Altantuya serta cucu mereka telah memfailkan saman berjumlah RM100 juta pada 4 Jun 2007, dengan mendakwa bahawa kematian Altantuya telah menyebabkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi.

Dua bekas pegawai polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, telah disabitkan bersalah pada 2009 atas tuduhan membunuh Altantuya di Shah Alam antara 19 dan 20 Okt 2006.

Mahkamah Persekutuan pada 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap mereka Azilah dan Sirul, selepas membatalkan keputusan pembebasan sebelum itu oleh Mahkamah Rayuan.

Namun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah pada 2015 dan dipercayai berada di Australia.

Pada Oktober 2023, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan semakan Azilah dan menukar hukuman matinya kepada penjara 40 tahun.

– Bernama



Source link