PETALING JAYA: Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (Kepertama) menyambut baik pelantikan Datuk Seri Jailani Johari sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Putra Malaysia (UPM). Pelantikan itu dibuat oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, yang berkuat kuasa 7 Februari lalu. Presidennya, Norsyahriman Md. Arif berkata, pelantikan itu dilihat sebagai keputusan tepat selain berharap tanggungjawab tersebut digalas sebaik mungkin demi kemajuan universiti. Katanya, terdapat empat perkara…






