Keperluan Minima Steam Machine Verified Dilaporkan Tidak Setegas Steam Deck
Nazrin
Beberapa bulan lalu, Valve telah memperkenalkan konsol permainan komputer terbaru mereka yang dinamakan Steam Machine, beserta dengan alat kawalan Steam Controller yang dikemaskini dan juga aksesori realiti maya Steam Frame.
Steam Machine dijangka akan dilancarkan pada tahun ini, dan apa yang kita tahu mengenai konsol tersebut ialah ia akan digerakkan menggunakan sistem operasi SteamOS, dan seperti konsol Steam Deck, akan perlu melalui pengesahan untuk memastikan bahawa ia boleh dimainkan pada Steam Machine.
Oleh kerana itu, Valve dilaporkan akan memperkenalkan Steam Machine Verified, sejenis pengesahan yang digunakan untuk mengesahkan bahawa sesebuah permainan komputer boleh dimainkan di Steam Machine tanpa masalah.

Untuk memudahkan proses pengesahan, Valve nampaknya mengatakan bahawa pembangun yang mahu mengesahkan permainan mereka sebagai Steam Machine Verified akan boleh melakukannya dengan lebih mudah, dimana spesifikasi minima yang diperlukan untuk memainkan permainan pada konsol tersebut tidak akan begitu ketat.
Sebagai pengenalan ringkas, semua permainan komputer yang sudahpun hadir dengan pengesahan Steam Deck Verified sudahpun melepasi pengesahan Steam Machine Verified. Ini bermakna bahawa Steam Machine akan hadir dengan sejumlah besar permainan yang boleh terus dimainkan di konsol tersebut tanpa masalah.
Buat masa ini, Valve masih belum mengesahkan lagi bilakah konsol tersebut akan dijual, mahupun tanda harganya.





