Malaysia Oversight

‘Kepentingan Sabah patut jadi punca penyatuan, bukan perpecahan’

By MkiniBM in November 11, 2025 – Reading time 2 minute
'Kepentingan Sabah patut jadi punca penyatuan, bukan perpecahan'


Sabah menghormati keputusan parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) untuk menarik diri daripada PH dan berterima kasih kepada para pemimpin atas kerjasama sepanjang mereka bersama.

Bagaimanapun, Pengerusi Sabah, Mustapha Sakmud, tidak memberi sebarang reaksi terhadap dakwaan Upko terhadap parti berkenaan seperti yang terkandung dalam kenyataan mereka semalam.

Dalam kenyataan malam tadi, Mustapha sebaliknya menegaskan perjuangan sesebuah parti untuk kepentingan Sabah tidak sepatutnya menjadi punca perpecahan.

Sebaliknya, kata Mustapha ia wajar menjadi asas penyatuan yang dibentuk dalam semangat federalisme yang matang dan saling menghormati.

Sabah menyeru semua parti, termasuk Upko, agar terus meletakkan kepentingan rakyat Sabah sebagai keutamaan, serta meneruskan kerjasama dalam ruang kebersamaan yang lebih luas di bawah semangat perpaduan dan reformasi nasional,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung Upko, Nelson W Angang mengumumkan parti itu menarik diri dari PH – yang disertai mereka sejak Ogos 2021 – dan akan meneruskan agenda Sabah First.

Upko juga mendakwa terdapat jurang yang semakin melebar dalam tafsiran, pandangan, dan pendirian antara parti itu dan komponen PH mengenai pelbagai tuntutan berkaitan Sabah.

Ia terkait dengan tuntutan agar Sabah diberikan 40 peratus daripada hasil persekutuan yang diperolehi dari negeri terbabit, satu per tiga daripada kerusi parlimen terdiri daripada kawasan pilihan raya Sabah dan Sarawak, dan PH Sabah diberikan autonomi.

Nelson juga mendakwa isu berkaitan kepemimpinan PH Sabah tidak pernah diselesaikan oleh majlis presiden parti terbabit ekoran bantahan daripada PKR Sabah.

Mustapha berkata sepanjang menganggotai PH, Upko kerjasama erat dijalinkan antara pimpinan, jentera serta wakil rakyat di pelbagai peringkat, khususnya dalam memperjuangkan agenda reformasi, tadbir urus baik, dan pembangunan inklusif di Sabah.

“Atas dasar itu, PKR Sabah menzahirkan penghargaan kepada Presiden Upko, Ewon Benedick, serta seluruh kepimpinan dan ahli atas sumbangan, komitmen dan kebersamaan mereka dalam tempoh tersebut,” katanya.



Source link