Malaysia Oversight

Kenapa yang lain tidak didakwa, soal Shafie

By MkiniBM in August 2, 2025 – Reading time 2 minute
Kenapa yang lain tidak didakwa, soal Shafie


Dengan pilihan raya negeri (PRN) Sabah semakin hampir, Presiden Warisan Shafie Apdal mempersoalkan mengapa ramai lagi individu belum didakwa berhubung skandal rasuah lesen perlombongan.

Berucap dalam satu majlis di kawasannya semalam, Ahli Parlimen Semporna itu merujuk kepada siri video yang didedahkan pemberi maklumat, Albert Tei yang mengaitkan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor serta sejumlah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Bukan saya cakap, keluar…video (berhubung dakwaan). Video (tunjuk) YB, bukan YB Warisan (tapi) YB GRS,” katanya.

Bekas ketua menteri Sabah itu membangkitkan yang setakat ini hanya dua yang dihadapkan ke mahkamah berhubung kes itu, selain Tei.

“Yang sembilan lagi kenapa tidak didakwa?” soalnya.

“Dulu ketika saya menteri luar bandar, saya dituduh ambil duit RM1 bilion.

“(SPRM) datang rumah saya, tak jumpa duit. Periksa bank saya, tak jumpa duit. Saya diberi baju oren (lokap SPRM).

“Saya tidur di lantai. (Akhirnya) Tiada kes. Tapi yang kena tuduh kini pakai kot,” kata presiden Warisan itu lagi, merujuk ketika dia menjadi menteri persekutuan .

Sejak November tahun lalu, Tei yang merupakan ahli perniagaan mendedahkan beberapa rakaman video dan mesej yang didakwa menunjukkan Sabah, termasuk Speaker DUN, terlibat dalam perbincangan rasuah.

Pemberi maklumat itu mendakwa dia memberi rasuah bagi mendapatkan lesen penerokaan mineral tetapi memilih untuk tampil ke hadapan selepas lesen tersebut dibatalkan.

Hajiji mendakwa dia bersekongkol dengan pihak-pihak yang ingin menggugat pentadbirannya.

Pemberi maklumat itu juga berdepan tuduhan balas yang kononnya dia cuba memonopoli sektor perlombongan Sabah melalui penipuan.



Source link