Malaysia Oversight

‘Kenapa perjanjian kita tiada terma lindungi kedaulatan negara seperti Kemboja’

By MkiniBM in November 1, 2025 – Reading time 3 minute
'Kenapa perjanjian kita tiada terma lindungi kedaulatan negara seperti Kemboja'


Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli mendakwa Kemboja mendapat perjanjian perdagangan lebih baik dengan AS berbanding ditandatangani Malaysia.

Menurut Rafizi, perjanjian yang dimeterai Kemboja dengan AS mempunyai klausa jelas dalam mempertahankan kedaulatan negara itu.

Rafizi merujuk kepada Seksyen 1 Artikel 5.1 mengenai tindakan pelengkap bagi kedua-dua perjanjian, yang memerlukan Malaysia dan Kemboja meniru dasar perdagangan AS terhadap negara lain.

Walau bagaimanapun, perjanjian Kemboja menyatakan bahawa negara itu harus mengawal selia pengimportan barangan atau perkhidmatan yang serupa dengan AS “dengan cara yang tidak melanggar kepentingan kedaulatan Kemboja.”

Bagaimanapun, perjanjian Malaysia tidak mendapat pengiktirafan serupa terhadap kedaulatan seperti Kemboja.

“Kemboja dengan jelas mengatakan bahawa apa-apa yang dilakukan oleh negara itu tidak boleh melanggar kedaulatan Kemboja.

“Jadi kalau kita nak marah orang, kata perjanjian ini melunturkan usaha mempertahankan kedaulatan – memang kita kalah dengan Kemboja.

“Kenapa kita tidak merundingkan supaya pendekatan yang sama seperti yang dibuat oleh Kemboja ini,” katanya dalam episod baru podcast ‘Yang Berhenti Menteri.’

Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, sebelum ini mempertahankan klausa dalam perjanjian Malaysia-AS tersebut, menegaskan bahawa ia hanya terpakai apabila ia turut memberi kesan kepada Malaysia.

Zafrul menjawab kritikan daripada bekas menteri perdagangan Mohamed Azmin Ali, yang memberi amaran bahawa Artikel 5.1 boleh menghalang keneutralan Malaysia dan hubungan dengan negara lain, termasuk .

Pemerhati, pengkritik dan pakar yang mengulas perjanjian ini berpandangan bahawa klausa tersebut bertujuan untuk melindungi kepentingan AS, dan bukan kepentingan bersama.

Mengulas lanjut, Rafizi mempersoalkan sama ada perjanjian itu telah disemak perkataan demi perkataan dalam Kabinet kerana bimbang jika Malaysia telah tergesa-gesa mencapai persetujuan.

Rafizi merujuk kepada Seksyen 4 Artikel 5.3, yang menyekat Malaysia daripada membeli reaktor nuklear, rod bahan api, atau uranium yang diperkaya daripada “negara-negara tertentu”, melainkan tiada pembekal alternatif yang serupa.

Katanya, klausa itu jelas bercanggah dengan usaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) untuk mengguna pakai tenaga nuklear, memandangkan Malaysia telah mengumumkan kerjasama dengan Rusia, sebuah negara yang dianggap sebagai seteru AS.

“Sebab dia kena ‘certain countries‘ itu kita tahulah maksudnya. Rusia tak boleh, pun tak boleh.

“Jadi maksudnya, hanya boleh beli daripada AS sahaja, ataupun mungkin Perancis atau Britain – kira rakan-rakan AS di blok Barat.

“Jadi, yang kita dah umum sebelum ini, yang kita dah mula perbincangan sebelum ini, apa kesannya?” soal Rafizi lagi.

Tambahnya, jawatankuasa Parlimen harus mendesak Zafrul berhubung perkara ini dan meminta minit mesyuarat Kabinet mengenai perjanjian itu untuk mengetahui sama ada kementerian-kementerian telah menelitinya sebelum Malaysia memberikan persetujuannya.

Jelas Rafizi, jika dia masih lagi menjadi menteri ekonomi ketika perjanjian itu dibentangkan kepada Kabinet dia sudah tentu akan meminta menolak perjanjian itu.

“Zafrul tinggal sebulan je lagi jadi menteri pelaburan, perdangan dan industri.

“Dia (perjanjian) jadi masalah negara dan masalah menteri-menteri selepas ini,” kata Rafizi lagi.

Perjanjian perdagangan itu ditandatangani oleh Perdana Menteri Ibrahim dan Presiden AS Donald pada 26 Oktober semasa Sidang Kemuncak Asean ke-47 di Kuala Lumpur, dengan persetujuan tersebut mengekalkan kadar tarif timbal balas Malaysia pada 19 peratus.

Senarai barangan yang dikecualikan daripada tarif timbal balas di bawah perintah eksekutif pada April juga akan kekal, termasuk semikonduktor dan komponen elektronik lain yang merupakan eksport utama Malaysia ke AS.



Source link