Malaysia Oversight

Kenapa pelajar CGPA 4.0 tak dapat masuk universiti awam?

By MkiniBM in September 6, 2025 – Reading time 2 minute
Kenapa pelajar CGPA 4.0 tak dapat masuk universiti awam?


Pengerusi jawatankuasa perundingan pendidikan Pemuda MCA, Ong Chee Siang berkata partinya menerima banyak aduan daripada ibu bapa berhubung kegagalan anak mereka mendapat tempat di universiti awam, termasuk mereka yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) sempurna 4.0.

Katanya, perkara itu berlaku walaupun Kementerian Pendidikan Tinggi mengumumkan seramai 78,883 pelajar telah ditawarkan tempat di universiti awam.

“Hal ini secara semula jadi menimbulkan persoalan mengenai pengagihan tempat yang khusus.

“Adalah lebih baik sekiranya kementerian dapat memberi penjelasan berhubung berapa banyak tempat diisi melalui saluran terbuka berbayar, berapa banyak melalui sistem kemasukan universiti awam (UPU) dan khususnya berapa banyak diberikan kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” katanya.

3a59cb062a521307f3e2f0729f12111c

Bulan lalu, Presiden MCA Wee Ka Siong menggesa menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menilai tahap ketelusan kemasukan pelajar ke universiti awam.

Salah satu isu yang dibangkitkannya ialah peningkatan pengambilan pelajar antarabangsa di universiti awam, yang dispekulasikan kerana mereka membayar yuran lebih tinggi.

Tidak lama selepas itu, Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng menggesa Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir mendedahkan data terperinci berhubung kemasukan pelajar universiti awam.

Tan turut memberi amaran bahawa pengambilan pelajar antarabangsa tidak boleh menjejaskan peluang pelajar tempatan.

4c9df4c6aae7aad8ed375989a75e3e3b

Mengulas lanjut, Ong menegaskan pendidikan harus kekal adil dan boleh diakses, khususnya bagi keluarga yang tidak mampu menghantar anak ke institusi swasta.

“Apabila pelajar yang rajin memperoleh keputusan cemerlang, adalah wajar mereka mengharapkan peluang setimpal untuk menyambung pengajian,” katanya.

Merit, peluang sama rata

Katanya, sudah tentu keluarga berasa resah dan kecewa apabila anak mereka, meskipun pelajar cemerlang, gagal memperoleh tempat di universiti awam.

“Universiti awam seharusnya berkhidmat kepada rakyat dan pengagihan tempat perlu mencerminkan merit serta peluang yang sama rata,” kata Ong.

[Baca berita asal]



Source link