Malaysia Oversight

Kenapa orang selalu fikir tentang kahwin? Bukankah tak wajib – Fathia Latiff

By Utusan in November 6, 2025 – Reading time 1 minute
Kenapa orang selalu fikir tentang kahwin? Bukankah tak wajib - Fathia Latiff


KUALA LUMPUR: Pelakon Fathia Latiff meluahkan pandangannya mengenai isu perkahwinan yang kini menyaksikan peningkatan kadar perceraian di Malaysia.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff menyatakan bahawa seseorang individu tidak wajib mendirikan rumah tangga.

Tambahnya, individu akan sengsara seumur hidup jika salah memilih pasangan hidup.

“Kenapa orang selalu fikir tentang kahwin? Kan tak wajib.

“Kalau salah pilih pasangan nanti bercerai juga atau sengsara seumur hidup. Hari-hari tengok muka pun bosan juga,”katanya.

Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat bahawa perkahwinan merupakan salah satu cara untuk menyempurnakan separuh daripada tuntutan agama.





Source link