Malaysia Oversight

Kenapa Masjid Rusila jadi tempat latihan?

By MkiniBM in October 24, 2025 – Reading time 3 minute
Kenapa Masjid Rusila jadi tempat latihan?


Menyeru agar Saifuddin Nasution Ismail agar bersikap “profesional”, seorang ahli parlimen dan tokoh yang dekat dengan presidennya hari ini membangkitkan beberapa persoalan terkait insiden melibatkan anggota keselamatan dengan Masjid Rusila di Marang, Terengganu baru-baru ini.

Dalam hantaran di media sosialnya, Syahir Sulaiman bertanya – antara lain – mengenai motif latihan taktikal melibatkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kawasan Masjid Rusila dan berhampiran dengan rumah Abdul Hadi Awang.

Selain itu, Ahli Parlimen Bachok itu juga mempersoalkan “musuh” yang disasarkan oleh anggota APMM berkenaan semasa sesi latihan tersebut berlangsung, selain “sasaran” yang hendak diloloskan.

“Persoalan paling pokok, mengapa Masjid Kampung Rusila dijadikan ‘pangkalan’ latihan?” katanya.

Semalam Setiausaha Agung , Takiyuddin Hassan, mendakwa berlaku aktiviti mencurigakan berbentuk “ala komando” di masjid yang sinonim dengan Abdul Hadi itu dan mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan penjelasan segera.

Dia yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan perwatakan, perlakuan, dan pergerakan amat mencurigakan sehingga menimbulkan keresahan awam.

“Ini termasuk pelbagai andaian terhadap aspek keselamatan Ahli Parlimen Marang (Abdul Hadi Awang), keluarga, dan masyarakat setempat.

“Justeru, penjelasan Menteri Dalam Negeri (Saifuddin) adalah dituntut,” katanya merujuk kepada kejadian pada 19 Sept lalu itu.

Antara isu yang disuarakan Takiyuddin ialah tiga lelaki berpakaian biasa memasuki ruang solat wanita berhampiran tandas wanita yang kelihatan dalam keadaan tergesa-gesa dan mencurigakan, keberkadaan sebuah kereta berwarna perak di tepi pagar rumah Abdul Hadi, dan beberapa kenderaan dan lebih 10 lelaki berpakaian biasa mengawasi keadaan di luar masjid.

ee11525f1c6eaea59942291567acbc3b

Seterusnya, Takiyuddin mendakwa rakaman CCTV masjid itu memaparkan tiga lelaki berlari keluar dari masjid dalam keadaan tergesa-gesa sebelum menaiki sebuah kereta biru yang sampai ketika itu lalu meninggalkan kawasan masjid.

“Segala aktiviti berbentuk ‘penyamaran, penyusupan, dan pelolosan’ yang amat mencurigakan ini, dijalankan tanpa pemakluman atau permohonan kepada pihak pengurusan Masjid Rusila, sebelum hari kejadian,” katanya.

Bagaimanapun APMM menyatakan anggota pasukan terbabit hanya menggunakan masjid itu untuk menunaikan solat dan berehat, manakala pihak masjid telah dimaklumkan lebih awal mengenai kehadiran mereka.

Malah kata APMM, tiada sebarang gangguan terhadap jemaah mahupun aktiviti keagamaan berlaku.

99c1e9092a112d94a28d7966d6ec8e27

Saifuddin pula menegaskan isu yang timbil dari kejadian tersebut hanyalah salah faham dan telah diselesaikan pihak berkuasa.

Katanya, kejadian berkenaan hanya melibatkan enam anggota APMM yang singgah menunaikan solat Asar semasa menjalani latihan terancang, dan insiden itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan.

“Janganlah melebih-lebihkan satu program yang bertujuan melahirkan pasukan elit tanpa meneliti fakta sebenar.

“Perkara ini telah diurus dengan baik pada bulan lepas, namun tiba-tiba diberi gambaran seolah-olah berlaku serbuan komando masuk ruang solat dengan memakai kasut, sedangkan perkara ini amat sensitif,” katanya.

Dia juga menjelaskan latihan berkenaan dijalankan dari Kuala Terengganu hingga ke Kuantan, Pahang dengan beberapa lokasi awam dijadikan checkpoint.

Masjid Rusila pula, katanya, adalah satu daripada tempat persinggahan untuk tujuan menunaikan solat semata-mata.

Kata Syahir, walaupun Saifuddin mendakwa anggota APMM terbabit hanya singgah untuk bersolat, itu bukanlah cara yang sepatutnya.

Justeru dia yang juga setiausaha politik Abdul Hadi menyerahkan kepada masyarakat untuk menilai apa yang terjadi.

Be professional, Sir (Jadilah profesional, tuan),” katanya.



Source link