Malaysia Oversight

Kenapa ahli politik mengaku ‘rasuah’ masih dalam lembaga GLC?

By MkiniBM in September 7, 2025 – Reading time 2 minute
Kenapa ahli politik mengaku ‘rasuah’ masih dalam lembaga GLC?


mempersoalkan mengapa seorang ahli politik yang telah mengaku bersalah atas pertuduhan berkaitan rasuah masih berada dalam lembaga pengarah Halal Development Corporation (HDC), iaitu syarikat berkaitan (GLC) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama secara khusus, Ketua Penerangan Fadhli merujuk kepada Pengerusi Shah Alam Azhari Shaari, yang baru-baru ini dilaporkan telah dilantik sebagai pengerusi HDC.

Tidak jelas bila Azhari mula memegang jawatan itu. Jawatan itu sebelum ini disandang bekas Timbalan Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun, dengan kontraknya tamat Mei lalu.

Pada 2023, Azhari dihadapkan dengan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas dakwaan menyalahgunakan RM440,000 yang diperuntukkan untuk anak yatim serta program korban Aidiladha.

juga berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan atas dakwaan sengaja menggunakan minit mesyuarat agung tahunan palsu sebagai dokumen tulen.

Azhari pada awalnya mengaku tidak bersalah ketika didakwa.

4dcd751f1ccdb4f6aac6bfe6d5385410
Azhari Shaari

Namun, menurut laporan tahunan SPRM 2023 – yang dikongsikan Fadhli – Azhari kemudian mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan berkaitan pemalsuan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Lima lagi pertuduhan lain kemudian diambil kira mengikut Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah, yang membolehkan pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan berkenaan.

Azhari dihukum denda RM1,900 bagi pertuduhan pemalsuan yang diakuinya, manakala RM220,000 telah dilucut hak kepada .

Tak serius banteras rasuah

Mengulas kedudukan Azhari dalam HDC, Fadhli berkata ia menunjukkan tidak serius membanteras rasuah.

“Soalan saya ialah kenapa kerajaan masih kekalkan lantikan ahli Lembaga Pengarah HDC, sedangkan sudah terang dan jelas dia telah mengaku bersalah untuk sekurang-kurangnya satu pertuduhan rasuah? 

“Sebab itu jika ada yang berkata kerajaan ini serius membanteras rasuah, kejutkanlah dia. Sesungguhnya dia sedang bermimpi,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Malaysiakini sedang mendapatkan respons daripada Azhari dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung perkara ini.



Source link