Malaysia Oversight

Kenapa 2 Adun saja diseret ke mahkamah, soal Umno Sabah

By MkiniBM in August 5, 2025 – Reading time 2 minute
Kenapa 2 Adun saja diseret ke mahkamah, soal Umno Sabah


Pengarah Komunikasi Strategik Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman menyoal kenapa hanya dua Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diseret ke mahkamah.

Ini sejurus selepas serangan isu “pendakwaan terpilih” oleh Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee di parlimen berhubung skandal perlombongan, Sabah kini tampil memperkuatkan lagi serangan tersebut.

Datu Rosman berkata isu itu wajar diberi perhatian khusus kerana ia menimbulkan persoalan serius berkaitan keadilan dan ketelusan dalam proses pendakwaan oleh pihak berkuasa.

“Saya ingin menegaskan bahawa prinsip kedaulatan undang-undang mesti ditegakkan tanpa mengira pangkat, kedudukan atau afiliasi politik.

“Jika benar terdapat yang terlibat dalam skandal rasuah dan salah guna kuasa berkaitan pemberian lesen mineral di negeri ini, maka tindakan mesti diambil terhadap semua yang terlibat, bukan hanya dua individu sahaja,” katanya pada satu kenyataan.

Datu Rosman berkata mendakwa beberapa individu tertentu mewujudkan persepsi bahawa pendakwaan dilakukan secara “terpilih dan bermotifkan politik”.

“Ini bukan sahaja mencemarkan imej agensi penguatkuasaan, tetapi juga menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan di negara ini – khususnya di Sabah,” katanya.

Terdahulu di Dewan Rakyat, Kiandee yang juga pengerusi Bersatu Sabah, menegaskan bahawa dua individu yang didakwa – Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Andi Suryady Bandy, dan Sindumin, Yusof Yacob – tidak memegang jawatan dalam GRS.

“Tetapi persoalannya, apakah tindakan yang akan diambil terhadap enam yang lain?” katanya, sambil menjelaskan semua mereka memegang jawatan dalam GRS.

Selain lapan yang dituduh menerima rasuah sebagai balasan bagi kelulusan lesen penerokaan mineral, enam lagi pemimpin GRS – daripada parti Star dan PBS – turut dikaitkan dalam skandal tersebut pada bulan Jun.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini belum menyatakan sama ada siasatan turut dijalankan terhadap enam individu tersebut atau tidak.

Sejak November lalu, seorang ahli perniagaan bernama Albert Tei telah mendedahkan beberapa siri video dan tangkap layar mesej WhatsApp yang mengaitkan beberapa Adun, termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Kadzim Yahya.

Albert Tei juga dikenakan dua pertuduhan di mahkamah kerana memberi rasuah kepada Andi Suryady dan Yusof.

[Baca berita asal]



Source link