Malaysia Oversight

Kenali Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari

By MkiniBM in December 16, 2025 – Reading time 1 minute
Kenali Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari


Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari, antara wajah baharu politik nasional mewakili generasi muda di Dewan Rakyat, dilantik sebagai menteri penuh dengan menerajui Kementerian Belia dan Sukan.

Pelantikan Dr Mohammed Taufiq itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim hari ini sebagai sebahagian daripada rombakan Kabinet Madani, bagi mengisi beberapa jawatan yang dikosongkan.

0a3bd80802f4d6028df4c2326d725a26

Rombakan Kabinet ini merupakan kali yang kedua di bawah pentadbiran , selepas rombakan pertama dibuat pada 12 Dis 2023. Madani dibentuk pada Disember 2022.

Dr Mohammed Taufiq, 29, ialah seorang ahli politik dan doktor perubatan yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani sejak November 2022.

Beliau dilahirkan pada 6 Mac 1996 di Kuala Lumpur dan merupakan anak keenam daripada lapan adik- beradik.

Bapa beliau ialah Tan Sri Johari Abdul, bekas Ahli Parlimen Sungai Petani dari 2008 hingga 2022 dan kini menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Berkelulusan Ijazah Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Bandung, Indonesia, Dr Mohammed Taufiq pernah berkhidmat dalam latihan perubatan di beberapa hospital di negara itu sebelum melibatkan diri sepenuhnya dalam dunia politik.

df90fee98592bdd10274c115fc1c5bd8

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau berjaya memperoleh 50,580 undi menewaskan pesaing terdekat dan calon Perikatan Nasional (PN) Dr Robert Ling Kui Ee yang mendapat 49,465 undi.

Dr Mohammed Taufiq merupakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadlian (AMK) dan Ketua Cabang Sungai Petani dalam Parti Keadilan Rakyat (), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

– Bernama



Source link