Malaysia Oversight

Kenaikan tarif air di Kedah tak bebankan pengguna

By MkiniBM in August 20, 2025 – Reading time 2 minute
Kenaikan tarif air di Kedah tak bebankan pengguna


Menteri Besar Muhammad Md Nor berkata kenaikan kadar tarif air yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos lepas tidak akan membebankan rakyat Kedah.

berkata kenaikan kadar tarif kepada 81 sen (0 meter padu dan hingga 20 meter padu) bagi kegunaan domestik adalah jauh lebih rendah berbanding negeri lain.

Dia berkata kenaikan itu adalah langkah penting untuk memastikan kemampuan Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada) membayar hutang air negeri.

“Kenaikan tarif ini bukan Kedah sahaja berlaku… yang mohon (kenaikan tarif air) ni semua mohon, 10 operator bekalan air minta dan semua dibenarkan,” katanya ketika sesi pertanyaan lisan pada persidangan DUN Kedah di Alor Setar hari ini.

Dia berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Bau Wong a/l Bau Ek (PH-Sidam) yang ingin tahu keperluan tarif air di Kedah dinaikkan sedangkan Sada mencatat keuntungan.

yang juga pengerusi Sada berkata syarikat itu perlu mencatatkan keuntungan bagi membolehkan ia membayar hutang berkaitan bekalan air.

Berdasarkan rekod Sada, katanya, syarikat itu mencatatkan keuntungan selepas cukai antara RM31,000 hingga RM23.1 juta antara 2010 hingga 2018 sebelum mencatatkan kerugian sebanyak RM36 juta pada 2019.

“Pada 2020, Sada kembali mencatatkan keuntungan sebanyak RM149,000 dan meningkat kepada RM29.5 juta pada tahun berikutnya, RM29.4 juta (2022), RM25.2 juta (2023), RM41.5 juta (2024) dan diunjurkan mencatatkan keuntungan sebanyak RM80 juta pada tahun ini,” katanya.

Sanusi juga berkata kuasa eksekutif berkaitan bekalan air bersih terletak di bawah persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) sebagaimana diperuntuk di bawah Seksyen 3 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

“Span keluarkan lesen, semua pelan perniagaan operator air dikawal oleh Span, kalau Span mendapati pelan perniagaan, bil caj dan pendapatan tidak mampu untuk tampung bayaran hutang maka Span boleh ambil alih dengan kuasa eksekutif tadi, “ katanya.

-Bernama



Source link