Malaysia Oversight

Kementerian Digital Dan JPJ Mula Perbincangan Untuk Wujudkan Rangka Kerja Perundangan Khusus Kenderaan Swapandu

By Amanz in September 9, 2025 – Reading time 1 minute
Kementerian Digital Dan JPJ Mula Perbincangan Untuk Wujudkan Rangka Kerja Perundangan Khusus Kenderaan Swapandu


Kementerian Digital Dan JPJ Mula Perbincangan Untuk Wujudkan Rangka Kerja Perundangan Khusus Kenderaan Swapandu

September 9, 2025
Automotif

Aman

Menteri Digital kini berkongsi mengatakan Kementerian Digital dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memulakan proses perbincangan dalam mewujudkan sebuah rangka kerja perundangan khusus untuk kenderaan swapandu, atau kenderaan tanpa pemandu di Malaysia.

swapandu 07

Langkah ini dilihat selari dengan pergerakkan dunia automotif, dimana beberapa bandar di dunia telah mulakan menguji robo-teksi dan juga kenderaan tanpa pemandu. Di Malaysia sendiri, beberapa jalan raya diwujudkan untuk menguji pembangunan teknologi ini.

Peralihan ke teknologi ini juga turut memerlukan persediaan dalam pelbagai aspek, termasuk melibatkan infrastruktur, perlindungan data dan juga keselamatan.

Dengan perkembangan sihat ini, kita mungkin mendengar lanjut berkenaan kenderaan swapandu di Malaysia dalam masa terdekat ini. Sebelum ini juga, pihak telah umum pelaburan kepada syarikat kenderaan swapandu dalam membawa robo-teksi ke rantau ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link