Malaysia Oversight

Kemenangan di Ayer Kuning manifestasi sokongan rakyat

By MkiniBM in April 26, 2025 – Reading time 2 minute
Kemenangan di Ayer Kuning manifestasi sokongan rakyat


Kemenangan calon Barisan Nasional () Dr Mohamad Yusri Bakir pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning hari ini adalah manifestasi jelas sokongan rakyat kepada MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim.

Pengerusi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu juga petanda sokongan rakyat kepada Perpaduan di Perak di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Mohamad Yusri atas kemenangan berkenaan dan berharap wakil rakyat baharu itu dapat meneruskan perkhidmatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning Allahyarham Ishsam Shahruddin kepada rakyat kawasan tersebut.

“Terima kasih juga kepada Menteri Besar Perak yang telah mengetuai jentera pilihan raya kerana saya tahu beliau telah meletakkan keutamaan PRK Ayer Kuning sejak bulan puasa lagi dan sudah tentu penat lelah beliau telah membuahkan hasil dan saya ucap terima kepada semua,” katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk, Perak malam ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook pula, Ahmad Zahid berkata 10 daripada 11 Pusat Daerah Mengundi yang tewas kepada pembangkang pada PRU lepas kini kembali semula ke pangkuan .

Beliau berkata kemenangan itu menjadi bukti jelas bahawa rakyat semakin bijak menilai.

“Mereka menolak politik kebencian dan memilih kestabilan, kemajuan serta kepimpinan yang berwibawa.

“Ia juga isyarat kukuh bahawa Perpaduan diterima kerana mampu mengurus tadbir negeri dan negara dengan baik, berasaskan prinsip perpaduan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Mohamad Yusri memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 5,006 undi selepas meraih 11,065 undi untuk menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional yang memperoleh 6,059 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS (1,106 undi).

– Bernama



Source link