PARLIMEN | Veteran DAP, Lim Guan Eng (PH–Bagan) menggesa supaya hukuman rotan dikembalikan sebagai langkah disiplin susulan krisis keselamatan sekolah yang sedang berlaku.
Ketika membahaskan Belanjawan 2026, bekas menteri kewangan itu berkata pelaksanaan hukuman rotan perlu dibuat segera di semua sekolah, termasuk sekolah swasta.
Dia turut mencadangkan agar kerajaan meluluskan peruntukan kecemasan bagi memasang kamera litar tertutup (CCTV) di lebih 10,000 premis sekolah di seluruh negara.
Lim berkata beliau yakin rakyat Malaysia akan bersetuju dengan langkah tersebut walaupun ia melibatkan kos yang besar.
[Berita penuh menyusul]






