Malaysia Oversight

Kemaskini Material 3 Expressive Kini Boleh Dimuat Turun Google Pixel 6 dan Ke Atas

By Amanz in September 4, 2025 – Reading time 2 minute
Kemaskini Material 3 Expressive Kini Boleh Dimuat Turun Google Pixel 6 dan Ke Atas


Kemaskini Material 3 Expressive Kini Boleh Dimuat Turun Google Pixel 6 dan Ke Atas

September 4, 2025
Google

Effi Saharudin

Kemas kini antaramuka Material 3 Expressive kini boleh dimuat turun pada peranti Google Pixel 6 dan ke atas. Ia tiba seminggu selepas siri Pixel 10 dilancarkan sebagai peranti pertama dengan antaramuka yang lebih ceria, responsif dan mudah digunakan berbanding antaramuka sebelumnya.

Google Material 3 Expressive ALL Semua
Google Material 3 Expressive

Material 3 Expressive sebelum ini diberikan secara berperingkat dalam aplikasi seperti Gmail, Messages, Google Map dan juga Phone. Kemas kini pagi ini adalah perubahan secara menyeluruh sistem operasi Android 16 membolehkan skrin kunci dan elemen seperti widget baharu digunakan oleh pemilik peranti.

Google Gboard Material 3 Expressive

Gboard juga diberikan ciri membantu penulisan dengan sokongan kecerdasan buatan (AI). Karangan boleh diubah dengan tona profesional, santai, diringkaskan, lebih terperinci atau menggunakan emoji. Ia turut boleh membetulkan ejaan. Kesemua ciri Gboard ini diproses terus pada peranti dengan ia tidak dihantar ke awanan bagi menjamin privasi pengguna.

Quickshare menerima wajah baharu yang selari dengan yang digunakan pada peranti Samsung. Prebiu gambar sebelum dihantar dengan animasi menunjukkan sejauh mana gambar telah dihantar kepada penerima.

Google QuickShare Material 3 Expressive

Selain itu Google mengumumkan ciri Adaptive Audio akan diterima Pixel Buds Pro 2 pada penghujung b bulan ini. Menerusinya sistem pembatalan hingar ANC fon telinga ini akan berubah mengikut tahap audio sekeliling pengguna. Pemilik Pixel Buds Pro 2 juga boleh menjawab telefon dengan mengangguk kepala menerusi kemas kini yang sama.

Pemilik Pixel Watch pula boleh menggunakan sistem navigasi Google Maps terus pada skrin jam. Paparan pada telefon pintar kemudiannya akan dibuka terus pada Pixel Watch untuk meneruskan navigasi ke destinasi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link