Malaysia Oversight

Kemalangan tidak jejas Harrif sertai LTdL 2025

By Utusan in September 11, 2025 – Reading time 2 minute
Kemalangan tidak jejas Harrif sertai LTdL 2025


PETALING JAYA: Pelumba berpengalaman Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Mohd. Harrif Saleh yakin sempat pulih untuk menyertai Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025.

Beberapa hari lalu, Harrif terlibat dalam kemalangan ketika di Tour of Binzhou di , namun pelumba berusia 39 tahun itu menegaskan ia tidak memadam semangatnya.

Menurut Harrif, perlumbaan LTdL 2025 yang turut melibatkan laluan di negeri kelahirannya, Terengganu juga membangkitkan semangatnya untuk menyertai perlumbaan bersejarah itu.

“Buat masa ini saya ambil langkah demi langkah. Luka yang dialami tidak serius, cuma calar di muka dan belakang badan. 

“Saya akan jalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu, insya-Allah sempat pulih menjelang perlumbaan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Harrif juga percaya peluangnya lebih cerah tahun ini selepas TSG turut mempertaruhkan pelumba muda, Wan Abdul Rahman, yang dilihat semakin matang dalam kayuhan.

“Sebelum ini, semua harapan diletakkan kepada saya seorang. Jadi, tekanan agak tinggi. Tetapi dengan kehadiran Wan yang sedang meningkat naik, kami boleh saling melengkapi. Saya akan kongsi pengalaman dan bantu dia di laluan sukar,” jelasnya.

Tambahnya, LTdL 2025 dijangka lebih mencabar apabila menyaksikan barisan pelumba antarabangsa ternama kembali bersaing, namun itu dianggap sebagai pembakar semangat buat dirinya.

“Bila ramai pelumba hebat datang, kita pun lebih bersemangat. Laluan tahun ini banyak memberi ruang kepada sprinter. Saya akan memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang ada untuk buru podium,” katanya. – UTUSAN 





Source link