Malaysia Oversight

Keluarga wanita tinggal setahun di KLIA terminal 1 masih gagal dikesan

By MkiniBM in December 26, 2025 – Reading time 1 minute
Keluarga wanita tinggal setahun di KLIA terminal 1 masih gagal dikesan


Ahli keluarga wanita tempatan yang didakwa tinggal selama setahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 masih tidak dapat dikesan.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP Azman Shari’at berkata wanita yang ditahan pada 18 Dis lepas, kini masih menerima rawatan di Hospital Kajang.

“Setelah keadaannya stabil dan sesuai, wanita berkenaan berkemungkinan akan ditempatkan di pusat penjagaan yang bersesuaian,” katanya ketika dihubungi di hari ini.

Azman berkata punca sebenar wanita itu berada di KLIA Terminal 1 untuk tempoh yang lama masih dalam siasatan.

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman seorang wanita dikatakan menetap di kawasan terminal bersama barangan peribadi dan dipercayai bergantung kepada kemudahan awam seperti internet percuma, penyaman udara dan bekalan air yang disediakan di lapangan terbang berkenaan bagi tempoh yang lama.

Susulan itu, wanita berkenaan ditahan polis dan disahkan mempunyai kad berkaitan masalah kesihatan mental.

– Bernama



Source link