Malaysia Oversight

Keluarga kesal menteri tak profesional, kongsi gambar Hadi di IJN

By MkiniBM in June 18, 2025 – Reading time 1 minute
Keluarga kesal menteri tak profesional, kongsi gambar Hadi di IJN


Keluarga Abdul Hadi Awang menyatakan rasa kesal dengan penyebaran gambar lawatan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad yang menziarahi presiden itu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, hari ini.

Anaknya Muhammad Khalil berkata, pihaknya kecewa dengan sikap Dzulkefly yang disifatkan sebagai tidak menghormati privasi keluarga dan prosedur operasi standard (SOP) lawatan di hospital.

“Malah penyebaran gambar tuan guru (Abdul Hadi) tanpa izin keluarga yang dimuat naik di Facebook menteri untuk tatapan awam, amatlah tidak wajar dan sangat tidak beretika.

“Sikap tidak profesional ini sangat dikesali,” katanya yang juga Exco Terengganu.

16336ea71af6d62619ee2a83b7bb4da8
Muhammad Khalil Abdul Hadi

Terdahulu, Dzulkefly dalam hantaran di Facebook mengongsikan gambarnya menziarahi Hadi di IJN.

Bersyukur dengan rawatan yang berjalan lancar, dia berkata Hadi dijangka akan pulang dalam masa terdekat.

“Saya dimaklumkan bahawa walaupun prosedur yang kompleks, semuanya telah berjalan dengan lancar. 

“Insya-Allah, beliau dijangka akan pulang dalam waktu terdekat, dan marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan sepenuhnya,” katanya.

Dzulkefly turut mengucapkan penghargaan kepada pasukan Kardiologi dan Surgeri Kardiovaskular dan Torasik IJN.



Source link