Keluarga tiga lelaki yang ditembak mati oleh polis di Durian Tunggal, Melaka pada 24 Nov menolak dakwaan bahawa mangsa bertindak ganas dengan menyerang pasukan keselamatan.
Isteri salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jayashree mendedahkan rakaman audio perbualannya dengan suami ketika kejadian, yang tidak menggambarkan mangsa mengancam polis seperti didakwa.
Jayashree isteri kepada G Logeswaran, 29, yang ditembak mati oleh polis mendedahkan dalam rakaman itu kesemua mereka memberi kerjasama baik kepada pihak polis ketika ditahan.
“Saya dengar bunyi jeritan orang panggil dia duduk,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.
[Laporan penuh menyusul]






