KUALA LUMPUR: Keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan 18 pihak lagi berjaya memperoleh kebenaran untuk memula semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membekukan akaun mereka. Hakim Datuk Aliza Sulaiman memberikan kebenaran tersebut selepas mendapati permohonan difailkan oleh semua pemohon itu telah berjaya memenuhi ambang yang ditetapkan. Ketika membaca penghakiman ringkasnya, Hakim Aliza menyatakan pemohon berjaya menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetap…






