Malaysia Oversight

Kelemahan sistem perundangan syariah terus jejaskan wanita

By MkiniBM in September 9, 2025 – Reading time 2 minute
Kelemahan sistem perundangan syariah terus jejaskan wanita


Laporan terbaru oleh Forum SIS Malaysia mendapati sistem perundangan syariah untuk wanita masih tidak banyak berubah, dengan masalah kelewatan, pegawai mahkamah yang tidak hadir, dan penguatkuasaan lemah terhadap perintah nafkah, sehingga wanita dan anak-anak terabai.

Menurut laporan itu, ramai klien — majoritinya wanita — hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam, selalunya kerana tidak mampu membayar kos guaman atau tidak layak menerima bantuan guaman.

Prosiding turut tertangguh dalam beberapa kes akibat ketiadaan peguam atau sikap tidak beretika mereka. Laporan itu turut merekodkan satu insiden melibatkan ketiadaan hakim.

“Tujuh aduan direkodkan terhadap sistem mahkamah, menjadikannya kategori aduan tertinggi tahun ini. Ini menunjukkan kebimbangan berterusan klien terhadap prosedur dan pentadbiran sistem kehakiman.

“Empat aduan dibuat terhadap peguam, menandakan kegagalan profesionalisme dalam memberikan khidmat guaman yang beretika dan bertanggungjawab.

“Selain itu, dua aduan diterima terhadap Jabatan Bantuan Guaman, manakala masing-masing satu aduan dilaporkan terhadap seorang hakim, Jabatan Agama dan kategori ‘lain-lain’.

“Trend ini menunjukkan walaupun jumlah keseluruhan aduan tidak terlalu tinggi, ia tetap signifikan kerana melibatkan institusi utama dalam proses keadilan kekeluargaan .

“Ia mencerminkan ketidakpuasan hati pengguna terhadap keseluruhan rantaian institusi yang sepatutnya melindungi, memudahcara dan mempercepatkan akses kepada keadilan,” kata Forum SIS dalam Laporan Telenisa 2024.

Kajian itu turut menekankan masalah berulang berkaitan suami yang mengingkari perintah nafkah. Laporan mendapati bahawa meskipun mahkamah telah mengeluarkan keputusan, penguatkuasaan sama ada terlalu perlahan atau tidak berkesan, menyebabkan wanita terpaksa menanggung beban menyara diri dan anak-anak.

Sebahagian klien juga melaporkan bahawa perintah tidak diserahkan dengan sempurna kepada pasangan mereka, sekali gus menjejaskan lagi keberkesanan proses tersebut.

[Berita penuh menyusul]



Source link