Malaysia Oversight

Kelantan ucap terima kasih pada PM percepat projek Sungai Golok

By MkiniBM in April 24, 2025 – Reading time 1 minute
Kelantan ucap terima kasih pada PM percepat projek Sungai Golok


merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim atas persetujuan Persekutuan mempercepat Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata Persekutuan bersetuju meluluskan pembinaan benteng itu dengan kadar segera sekali gus tanpa perlu mengikut turutan fasa pembinaan.

“Kita ucap terima kasih kepada Perdana Menteri. Ini bermakna kerja-kerja fizikal bagi projek ini akan dimulakan secara menyeluruh dengan tempoh penyiapan dapat dipendekkan dari 2030 kepada 2028 sekali gus mempercepat langkah mitigasi banjir untuk rakyat di kawasan berisiko,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Darulnaim di Kota Bharu hari ini.

88b0b956e48ab1533262e3a1ace1da89

“Kerajaan negeri amat menghargai sokongan Persekutuan dalam mempercepat kelulusan itu demi kesejahteraan rakyat ,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan berkata kerajaan telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan PLSB Sungai Golok disegerakan.

Mengikut unjuran sebelum ini, fasa ketiga projek PSLB Sungai Golok itu akan bermula pada 2027 namun kerajaan memutuskan untuk mempercepat projek berkenaan bagi mengurangkan jumlah kerugian.

Bernama



Source link