Malaysia Oversight

Kelantan hargai arahan PM percepat ganti titi gantung Lata Rek

By TheSun in January 3, 2026 – Reading time 1 minute
Kelantan hargai arahan PM percepat ganti titi gantung Lata Rek


hargai arahan PM Ibrahim sediakan peruntukan ganti segera titi gantung runtuh di Lata Rek, Kuala Krai.

KOTA BHARU: Negeri merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim atas arahan menyediakan peruntukan bagi menggantikan titi gantung yang runtuh di Lata Rek, Kuala Krai.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata kejadian pada Khamis lepas telah mengakibatkan beberapa orang awam cedera dan menjejaskan akses harian penduduk setempat.

Beliau berkata negeri telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai menyelaras urusan bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan agensi terlibat.

“Kerajaan negeri komited untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan demi menjamin kebajikan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Nassuruddin berkata Manek Urai dan Ahli Parlimen Kuala Krai telah turun padang membantu mangsa serta memastikan keselamatan penduduk.

Beliau turut merakamkan rasa simpati dan keprihatinan kepada semua mangsa terlibat.

“Saya berharap penyelesaian terhadap isu ini dapat dilaksanakan dengan pantas melalui kerjasama erat semua pihak,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri semalam memaklumkan mengarahkan peruntukan disediakan bagi menggantikan segera titi gantung itu.

Titi gantung itu runtuh sehingga menyebabkan orang awam cedera dan menjejaskan akses harian penduduk sekitar beberapa kampung.

Pada Khamis lepas, media melaporkan titi gantung dilalui tetamu majlis perkahwinan tiba-tiba runtuh menyebabkan lebih 50 orang terjatuh ke dalam sungai.



Source link