Malaysia Oversight

Kelantan catat kadar celik kewangan paling rendah

By MkiniBM in September 23, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Rakyat dikenal pasti memiliki kadar celik kewangan paling rendah di negara ini, diikuti Sabah dan Terengganu, menurut dapatan kajian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengarah KWSP Wilayah Timur Rahmat Ali berkata kajian yang dijalankan pada 2022 itu mengambil kira beberapa faktor, termasuk kurang pendedahan mengenai pengurusan kewangan dan simpanan.

Dia berkata hasil kajian menunjukkan kadar celik kewangan rakyat hanya 15 peratus, diikuti 16 peratus bagi dan 17 peratus Terengganu, manakala Kuala Lumpur merekodkan 41 peratus.

“Mungkin mereka mempunyai simpanan sendiri tetapi tempat simpanan tidak produktif seperti di rumah atau di bank yang tidak memberi pulangan tinggi.

“Jika celik kewangan mereka lebih baik sepatutnya mereka tahu memilih instrumen simpanan yang memberikan pulangan lebih tinggi seperti KWSP,” katanya kepada pemberita selepas majlis Tadbir Urus Media Negeri dan Pihak Bekepentingan di Kota Bhary hari ini.

Mengulas lanjut, Rahmat berkata, KWSP kini memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan bekerja sendiri yang tidak mempunyai caruman formal melalui potongan majikan.

“Antara kemudahan ditawarkan ialah i-Saraan dan i-Suri.

“Menerusi i-Saraan, memberi insentif RM500 setahun selama 10 tahun jika pencarum menyimpan RM2,500 setahun.

“Caruman ini bukan sahaja membolehkan mereka menikmati insentif dan dividen malah pelbagai manfaat lain seperti pengeluaran untuk pembelian rumah, pendidikan, serta perlindungan jika berlaku hilang upaya atau kematian,” katanya.

Rahmat berkata setakat ini, KWSP merekodkan 18,385 pencarum i-Saraan manakala 431 individu mendaftar di bawah i-Suri dan menyeru lebih ramai masyarakat mengambil peluang tersebut sebagai pelaburan masa depan.

Bernama



Source link