Malaysia Oversight

Kelantan bentang RUU Enakmen Keluarga Islam baru Selasa depan

By MkiniBM in November 5, 2025 – Reading time 1 minute
Kelantan bentang RUU Enakmen Keluarga Islam baru Selasa depan


akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Keluarga yang baharu Selasa depan, bagi menggantikan RUU sedia pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Ketiga 2025 yang bermula esok.

Speaker DUN Datuk Mohd Amar Abdullah berkata RUU Enakmen Keluarga yang kali terakhir dipinda pada 2002 itu perlu ditambah baik mengikut perkembangan semasa.

Beliau berkata enakmen baharu itu secara dasarnya akan memfokuskan had hukuman yang perlu ditingkatkan berbanding sebelum ini, sesuai dengan nilai wang semasa selain beberapa kesalahan baharu dalam kekeluargaan terutamanya membabitkan perkahwinan.

“RUU ini adalah pembaharuan sepenuhnya daripada RUU Enakmen Keluarga Islam 2002 dan akan dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud pada sidang DUN ini disusuli sesi perbahasan,” katanya pada sidang media di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu hari ini.

Mohd Amar berkata sidang DUN kali ini akan diadakan selama lima hari, dimulakan dengan pembentangan belanjawan negeri oleh Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada hari pertama persidangan.

– Bernama



Source link