Malaysia Oversight

Kekecohan cemar aksi Selangor, Persib Bandung di MBPJ

By Utusan in November 7, 2025 – Reading time 1 minute
Kekecohan cemar aksi Selangor, Persib Bandung di MBPJ


PETALING JAYA: Perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) antara dan Persib Bandung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi dicemari dengan insiden kekecohan penonton.

Beberapa individu yang dipercayai penyokong Persib Bandung telah memasuki kawasan tepi padang ketika perlawanan berlangsung.

Kekecohan turut berlaku di kawasan tempat duduk penonton Persib Bandung ketika perlawanan berlangsung, namun pasukan keselamatan yang bertugas bertindak pantas mengawal situasi tegang itu.

Selepas tamat perlawanan, beberapa individu dipercayai penyokong Gergasi Merah pula memasuki padang kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan 2-3 pasukan dalam perlawanan itu.

Penyokong selangor
BEBERAPA Individu dipercayai penyokong FC masuk padang selepas perlawanan tamat.

Video insiden terbabit turut tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Pada perlawanan itu, kemenangan menjadi milik Persib Bandung yang dibimbing Bojan Hodak selepas bangkit dari ketinggalan dua gol untuk menewaskan Selangor sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas Kumpulan G.-UTUSAN





Source link