Malaysia Oversight

Kekasih Diana Danielle ‘handsome’ – Utusan Malaysia

By Utusan in September 21, 2025 – Reading time 2 minute
Kekasih Diana Danielle 'handsome' - Utusan Malaysia


Sebenarnya, sudah lama Cik Bunga pendamkan hal ini. Satu sebab, Cik Bunga khuatir jika informasi yang diterima sekadar samar bayangan.

Tetapi, disebabkan ada rakan terdekat pun mengakui ada ternampak pelakon cantik ini bersama seorang jejaka di sisi, maka mari kita ‘lock’ yang memang Diana Danielle kini sudah punya teman istimewa!

Kata sumber Cik Bunga, baru-baru ini, dia ternampak Diana bersama seorang jejaka tinggi lampai, berkulit sawo matang di sisi Diana sewaktu mereka berjalan sama di sebuah pusat beli-belah terpencil.

“Barangkali mereka baru sahaja selesai buat aktiviti sukan. Sebab mereka pakai baju sukan. Rasanya memang sahlah mereka bercinta sebab jalan seiringan sambil tak lepas berpegangan tangan. Boleh tahan ‘handsome’ lelaki itu! Cerita sumber Cik Bunga.

Entah kenapa, Cik Bunga pula yang tersipu-sipu tersenyum sendiri. Cik Bunga akui, tumpang berasa bahagia dengan hal ini bila mana Diana sudah mula terbuka hati untuk mengenali orang baharu selepas gagal dalam perkahwinan dengan Farid Kamil sebelum ini.

Bagi Cik Bunga, kalau betul pun Diana sudah ada kekasih sekarang, biarlah. Dia juga layak untuk bahagia. Kalau dia ada kekasih pun, tidak salah.

Sebab dia bukan lagi isteri orang. Anak-anak pun dia jaga dengan baik, bukan jenis ibu yang lalai dengan tanggungjawab.

Apa pun, Cik Bunga doakan Diana raih kebahagiaan yang diidamkan.

Dengarnya, jejaka tersebut bukan orang dalam industri seni, bidang lain. Alahai, tak kisahlah, yang penting lelaki berkenaan tahu tujuan dalam perhubungan. Yang penting, jangan lukakan hati Diana, tidak begitu?





Source link