Malaysia Oversight

Kedutaan China sumbang RM100,000 buat Tabung Musa’adah Jawi

By MkiniBM in November 18, 2025 – Reading time 1 minute
Kedutaan China sumbang RM100,000 buat Tabung Musa'adah Jawi


Kedutaan hari ini menyumbang RM100,000 kepada Tabung Musa’adah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan sejak 2020 mencecah RM800,000.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, menerusi hantaran di aplikasi X berkata sumbangan berterusan itu menunjukkan bahawa kemanusiaan tidak mengenal sempadan.

“Sejak 2020, Kedutaan telah bersama-sama kita menghulur tangan kepada kelompok asnaf, ibu tunggal, OKU, gelandangan dan keluarga B40.

“Hari ini, mereka sekali lagi menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada Tabung Musa’adah Jawi.

“Setiap ringgit bukan sekadar angka. Ia adalah beras di dapur ibu tunggal, susu anak kecil yang menunggu di rumah, sedikit nafas buat mereka yang diuji banjir, dan harapan yang kembali bernyawa,” katanya dalam hantaran itu.

786f50af4773bd914f71f5de9760609b

Mohd Na’im sebelum itu turut menerima kunjungan hormat ringkas Duta Besar ke Malaysia, Ouyang Yujing, di Kuala Lumpur dan menyifatkan ia bukan sekadar lawatan biasa sebaliknya kisah persahabatan dua negara yang diterjemahkan melalui kepedulian terhadap insan yang memerlukan.

Penghargaan turut dirakamkan kepada Ouyang dan pasukan Kedutaan China atas keprihatinan yang tekal dan Mohd Na’im berharap kerjasama berkenaan terus subur, bukan sahaja antara , tetapi antara hati ke hati sebagai sahabat kemanusiaan.

Bernama



Source link